Tuesday, 31 January 2012

SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA YANG BARU...

Pada hari ini, sekolah ini telahpun menerima kedatangan tuan pengetua yang baru iaitu Pn. Hjh Tarmidah bt Masputi yang akan menggantikan Pn. Hjh Ramlah bt Jaapar. Pn. Hjh Ramlah bt Jaapar akan bertukar ke SMK Bandar Easter.

Sekalung budi diucapkan kepada Pn. Hjh Ramlah bt Jaapar atas segala jasa dan sumbangan beliau selama ini. Semoga beliau akan terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di sekolah baru nanti.

Mudah-mudahan dengan kehadiran pengetua yang baru ini, kecemerlangan sekolah ini dalam segenap aspek dapat dipertingkatkan lagi demi memastikan sekolah ini berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang...insyaALLAH...

SMART STUDY BERSAMA DR. SHUKRI ABDULLAH

Alhamdulillah, pada hari Selasa 31 Januari 2012 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, UBK telahpun menghantar seramai 44 orang pelajar sekolah ini untuk mengikuti program smart study anjuran KEJORA. Program bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Pelajar-pelajar yang terpilih adalah melibatkan 15 orang calon terbaik PMR, 15 orang calon terbaik SPM dan selebihnya adalam calon-calon STPM. Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Dr. Shukri b. Abdullah ini banyak memberi manfaat kepada pelajar khususnya dalam pengurusan belajar dan meningkatkan  motivasi diri.

Mudah-mudahan dengan mengikuti program ini, sedikit  sebanyak akan menambah keyakinan diri pelajar dan mengubah cara belajar mereka ke arah usaha yang lebih berkesan seterusnya memberi kesan kecemerlangan pencapaian akademik dan sahsiah diri mereka.

PROGRAM KONSULTASI IBU BAPA

Pada 13 Januari lalu, pihak UBK dengan kerjasama jawatankuasa pengurusan sekolah telahpun menjayakan program konsultasi ibu bapa. Program ini dijalankan berdasarkan keperluan konsultasi ibu bapa bagi membincangkan pencapaian peperiksaan akhir tahun 2011 pelajar-pelajar tingkatan 2,3,5 dan Pra-U Atas.

Aktiviti dimulakan dengan ceramah keibubapaan yang telah disampaikan oleh Tn. Hj Abdullah b. Mohamad, Penolong Pegawai Agama FELDA Wilayah Selatan. Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan.

Sebaik selesai program ceramah, ibu bapa seterusnya mengikuti sesi konsultasi bersama guru di kelas masing-masing.

Pelajar-pelajar tingkatan satu pula telah diberikan ceramah Kemahiran Belajar yang telah disampaikan oleh Pn. Rosmawati bt Saian. Pelajar-pelajar tingkatan empat pula telah mengikuti Ceramah Persediaan Menghadapi Temuduga yang telah disampaikan oleh Cik Siti Khadijah bt Omar di dewan sekolah.


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Akhirnya sesi persekolahan bagi tahun 2012 bermula pada 4 Januari lalu.  Semoga perkembangan pendidikan di sekolah ini akan terus menambah kesan yang baik kepada semua pelajar khasnya.

MINGGU ORIENTASI PELAJAR

Bermula pada 4 hingga 6 Januari lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telahpun mengendalikan Program Orientasi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Seramai hampir 200 orang pelajar telah terlibat dengan program ini yang diadakan sepenuhnya di Dewan SMKTSJA.

Antara pengisian program ialah seperti berikut :
1. Aktiviti suai kenal
2. Aktiviti Nyanyian Lagu Sekolah
3. Taklimat Budaya Sekolah
4. Taklimat Disiplin
5. Aktiviti LDK
6. Taklimat Mata Pelajaran
7. Taklimat Aktiviti Ko-Kurikulum
8. Aktiviti Membudayakan Al-Quran
9. Kuiz dan Pertandingan Kumpulan
10. Ceramah Kemahiran Belajar

Program diakhiri dengan Majlis Penutup yang telah dirasmikan oleh Pn. Hjh Ramlah bt Jaapar, Tuan Pengetua SMKTSJA.

 




PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

Pelajar-pelajar tingkatan empat telahpun mengikuti program orientasi pada 4 Januari lalu. Program satu hari ini dimanfaatkan sebaiknya dengan pengisian aktiviti seperti berikut  :

- Hala Tuju Pendidikan Menengah Atas
- Hala Tuju Pasca PMR
- Sistem Pendidikan ; Akademik atau Latihan Kemahiran
- Eksplorasi Minat dan Kebolehan Diri
- Taklimat Mata Pelajaran

Aktiviti telah dijalankan di Surau Perempuan SMKTSJA.



Monday, 30 January 2012

3 BUDAK HITAM

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang daripada mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.

KISAH SANG KODOK

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan dan dua di antara kodok tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Semua kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahawa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.